Monday, October 14, 2013

Kunjungan oleh Keturunan Ulamak Tersohor Terengganu

Tarikh 8 hb 10 2013 bersamaan 3 Zulhijjah 1434 Hijrah adalah tarikh keramat yang  bersertakan hujan sebagai petanda rahmat Allah dengan kunjungan oleh beberapa orang alim yang berketurunan/waris ulamak-ulamak tersohor di Terengganu ke Surau Haji Abdullah Soleh.

Kunjungan mereka disambut dengan baik oleh ahlijawatankuasa dan ahli jemaah surau.
Kebetulan juga,pada malam tersebut Ustaz Jamaluddin Al-Hafiz dijemput khas  oleh ahlijawatankuasa surau untuk memberi tazkirah/kuliah maghrib.Surau Tuan Guru Haji Abdullah Soleh dipenuhi oleh penduduk kampung pada malam tersebut bagi melihat sendiri dan mengenali dengan lebih dekat pewaris-pewaris keturunan tokoh-tokoh ulama tersohor di Terengganu itu.Mereka ialah:-






1-Cicit kepada Tok Ku Paloh,iaitu

-Sheikh Syed Suhaimi.Turut dikenali sebagai A'bid Suhaimi ataupun Ku Suhaimi.
-seorang mudir di Pondok Bukit Jong,Terengganu.
-pernah berkhidmat di Pondok Pasir Tumboh,Kelantan.






(berbaju kuning ialah Tuan Haji Lebai Rodin,adik kepada Ba'yo,cicit Abdur Rahman Limbong)


2-Cicit Abdur Rahman Limbong,iaitu

-Muhamad Ghazali Bin Abdullah.Lebih dikenali sebagai Ba'yo.
-imam Burdah bagi negeri Terengganu.
-mewarisi ilmu perubatan daripada ayahnya,Che Lah Keramat.
-abang kepada Timb.Pengerusi Surau ini,Tuan Haji Lebai Rodin yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembentukan surau ini.









3-Mudir Ma'ahad Tahfiz Pinang Merah,Paka

-Ustaz Jamaluddin Al-Hafiz
-seorang hafiz






No comments:

Post a Comment