Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua peserta ibadah qorban dan ahli jawatankuasa surau serta penduduk-penduduk kampung sendiri kerana memberi kerjasama yang baik bagi memudahkan majlis qorban berjalan dengan lancar.
Pada jam 8.00pagi lagi,masyarakat sekitar surau ini sudah mula berpusu-pusu ke surau bagi membuat persiapan yang sepatutnya.
Lembu yang dikorbankan adalah 2 ekor,memadailah dengan permulaan pembentukan surau ini.
Bagi muslimat pula sibuk menyiapkan juadah kepada petugas-petugas dan peserta qorban serta penduduk kampung.
Pelbagai jenis juadah yang dihidangakan,seperti nasi minyak,ketupat,tapai,nasi himpit kuah kacang,nasi dagang,nasi lemak,mee melaka dan beraneka kuih muih.
Pencuci mulut,ABC juga dihidangkan oleh Persatuan Bilal-Bilal surau ini sendiri.
Lembu 1
Lembu 2
Proses pembungkusan untuk diagihkan kepada yang layak.
Semoga ibadah qorban seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang..Insyaallah..
TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa surau,muslimin dan muslimat surau,semua peserta ibadah qorban,Persatuan Bilal-Bilal Surau Haji Abdullah Soleh,tak terlupa juga masyarakat sekitar surau ini kerana memberi kerjasa dan menghadirkan diri ke majlis sambutan ibadah qorban dan jamuan aidiladha.
Jazakallahkoironkasthiron...
No comments:
Post a Comment